Memilih Fotografer Perkahwinan

Jangan terlalu melihat kepada harga. Fotografer ini boleh diibaratkan sebagai tukang masak. Mungkin ada kedai yang menawarkan harga yang murah tapi makananya tidak lah sesedap mana pun. Ada juga yang mahal, tapi masih tidak menepati selera kita. Akhirnya kedai kopi seberang jalan juga yang menjadi pilihan. Kenapa? Sebab kedai tersebut menawarkan harga yang berpatutan, makanan sedap dan yang paling penting, kena dengan selera kita.

Okek. Sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk memilih fotografer perkahwinan

  • Survey contoh-contoh gambar yang pernah diambil oleh setiap fotografer.
  • Kenali latar belakang fotografer melalui facebook personal account, facebook page, instagram, twitter dan sebagainya. Jika dapat jumpa face to face lagi bagus. Mustahil fotografer tidak mempunyai portfolio dan tidak menggunak media sosial untuk bisnes mereka
  • Survey harga yang ditawarkan. Pastikan harga mengikut anggaran bajet dan bertetapan dengan apa yang kita nak (Majlis yang terlibat, album dan frame) Ingat! Murah tak semestinya bagus. 
  • Minta dengan fotografer untuk lihat gambar dari A-Z (Akad nikah hingga outdoor), jika ada full design untuk album lagi bagus. Baru kita yakin fotografer ni dapat memberikan kualiti yang baik . Jangan lihat kepada sekeping dua gambar sahaja kerana fotografer sudah tentu akan upload gambar yang cantik-cantik sahaja
  • Pastikan ada hitam dan putih. Antara borang yang perlu ada adalah borang tempahan, resit dan juga T&S (terma dan syarat).

No comments:

Post a Comment