Mas Kahwin 2020 - Kadar Mahar Setiap Negeri


Mas kahwin
ataupun mahar, menurut istilah Syara' adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri. Jumlah wajib pemberian mahar telah pun ditetapkan setiap negeri .

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.”
(Surah An-Nisaa-Ayat 4)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”
 (Riwayat Bukhari)

 Ada juga yang bertanya. Apa beza dengan wang hantara? Wang Hantaran pula adalah hadiah berupa wang tunai atau sesuatu nilai yang dipersetejui oleh kedua-dua belah pihak untuk tujuan pembelanjaan atau lain-lain.

     Perlu diingat bahawa Islam tidak megalakkan pemberian mas kahwin atau hantaran yang terlalu tinggi. Maka cukuplah hanya sekadar mas kahwin yang telah ditetapkan oleh setiap negeri. dan pemberian hadiah atau wang hantaran mengikut persetujuan tanpa membebankan mana-mana pihak.

Bagi penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh rujuk video ini.





     Berikut, admin sertakan kadar wajib mas kahwin yang telah ditetapkan oleh setiap negeri bagi tahun 2020.

Negeri
Nilai Janda RM
Nilai Bujang RM
Johor
22.50
22.50
Melaka
100.00
100.00
Negeri Sembilan
12.00
24.00
Selangor
300.00
300.00
Kuala Lumpur
40.00
80.00
Perak
101.00
101.00
Pulau Pinang
24.00
24.00
Kedah
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Perlis
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Pahang
22.50
22.50
Terengganu
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Kelantan
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Sabah
80.00
100.00
Sarawak
120.00
120.00
Labuan
80.00
80.00
Disclaimer 
*Bagi negeri yang “Tiada Ketetapan” dalam penilaian mas kahwin, maka nilainya 
ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui rundingan bersama. 
*Kadar mungkin akan berubah mengikut mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri
masing-masing dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment