Khatan Perdana Dun Tg Mas 2019


(07/12/2019 : 7.00 - 11.30AM) : Sekitar Program Khatan Perdana DUN TANJONG MAS 2019. Majlis yang berlangsung di Masjid Mukim Padang Bongor ini bermula dengan jamuan makan pagi kepada para peserta bersama ahli keluarga masing-masing, seusai sahaja pendaftaran pengesahan kehadiran.

Dalam menyantuni para hadirin, YB kak Ani turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para peserta dan ibubapa termasuk penjaga yang hadir. Alhamdulillah.. dengan keadaan cuaca yang baik di tambah dengan kerjasama dari pihak AJK Masjid Padang Bongor, majlis berkhatan kali ini dapat dijayakan mengikut tempoh yang dirancang.

Berbanyak terima kasih kepada Jemaah Tok Mudim, AJK Pemuda & Halwa dan Pihak Bomba yang bertungkus lumus sejak awal pagi sehingga berjaya 'MENDEWASAKAN' 77 orang kanak-kanak sekitar DUN Tanjong Mas dan mencatat seorang peserta termuda yang berumur 4 tahun. 

(Copy paste from Pusat Khidmat Dun Tg Mas )

Disini saya kongsikan beberapa keping gambar daripada lensa kamera.

Photo by Azam Azz.


No comments:

Post a Comment