Kilang Mancis Tertua Di Malaysia


Tahukah anda bahawa kilang mancis yang tertua di Malaysia masih beroperasi pada ini. Mancis Cap Lada yang dikeluarkan oleh Kelantan Match Factory merupakan satu jenama ikonik di zaman kegemilangannya.

Kilang ini telah ditubuhkan pada tahun 1933. Pada awalnya kilang ini dimiliki oleh seorang peniaga dari Bombay, India dan telah beberapa kali beralih pemilik sehinggalah  diambil alih sepenuhnya oleh peniaga tempatan yang bernama Tan Chon San pada tahun 1995.

Di kilang mancis ini, hanya kotak dan mancis sahaja yang dihasilkan manakala batang mancis di import dari negara China. Dari segi produktiviti pula, kilang ini mampu menghasilkan sehingga 800,00 kotak mancis dalam masa sehari.

Yang lebih uniknya pula adalah dari segi kaedah penghasila mancis. Mereka masih lagi menggunakan mesin dan kaedah lama untuk menghasilkan mancis.


Jadual Kursus Kahwin Kelantan 2020

Admind nak share jadual Kursus Pra Perkahwinan Islam Kelantan MPKB BRI 2020. Sapa nak daftar kursus kahwin tu dah boleh pilih tarikh yang sesuai dan book dengan pejabat agama di daerah masing.

Lepas book kursus kahwin boleh pm admind untuk dapat pakej fotografi perkahwinan pula. Jangan lambat book nanti slot full.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari lama web rasmi Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Kelantan
Untuk tempahan pakej fotografi perkahwinan. Anda boleh hubungi Azam Azz Photography Kelantan

Catatan
1) Permohonan  kursus boleh dipohon di Pejabat Agama jajahan masing-masing.
2) Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan.
3) Yuran kursus adalah sebanyak RM70 sahaja