Tips Memilih Pelamin - Murah tapi cantik



   Kadang-kadang nak pilih pelamin pun susah. Mana tak nya, salah pilih kang tak lawa pulak. Rugi la kalau tak lawa. Betul tak?. So, kat sini admin nak kongsikan beberapa tips nak pilih pelamin, biar muraj tapi lawa.

1. Bajet


   Dalam mana2 pakej pun, service provider cukup marah  pasal ni. Nak murah tapi nak lawa. Pergi jalan laa. Haha. Tapi ada cara nya, tetapkan kan dulu range bajet anda, contoh RM1k - 2k khas untuk pelamin sahaja. Kalau ada bajet lebih tu alhamdulillah. Then, start la survey harga. Macam tak biasa pulak.

2. Simple dan praktikal


   Nak yang lawa, tak semestinya kena ada banyak decoration. Paling penting jangan guna lampu disko. Biar la bersesusaian dengan keadaan dan tujuan pelamin tu. Kenapa perlu yang simple dan praktikal. Satu, sebab kita nak bagi ruang tu luas. Mudah untuk member2 atau family bergambar sama2. Belakang, depan kiri, kanan semua boleh sumbat untuk group photography. Dua, tak nak bagi nampak serabut mata. Sekadar nak tunjuk, pelamin kita mahal, besar, deco banyak giler, baik tak payah. 

3. Saiz dan kedukan pelamin


   Ni pun penting juga. Kalau ruang kecil jangan pilih pelamin besar padang bola. Kita nak ruang tu luas, pelamin kecik tak apa janji praktikal. Pastikan jugak jarak kerusi pelamin sekurang-kurangnya 5 meter dari dinding hadapan bagi memudahkan sesi photography. Then kalau boleh, biar menghadap sumber cahaya (pintu), confirm shoot guna telifon pun lawa.

4. Warna dan konsep


   Kalau nak murah konsep ni kita tolak tepi kejap, sebab biasanya kalau nak garden, tradiosional atau western punya style memang tak dapat la yang bajet. Ni admin nak cerita pasal warna jer. Pilih baju dan pelamin yang berwarna lembut (warna pastel). Warna2 pastel ni biasanya mudah dipadankan dengan warna2 lain dan sesuai dengan semua warna kulit. Kalau kulit gelap pilih pulak warna hitam. Good luck!.

5. Benda wajib ada


   Bunga, kerusi, stage, lampu tu perkara biasa. Tapi ada dua benda bagi admin wajib ada iaitu karpet dan kain backdrop kiri kanan. Kalau tak ada nampak tak lawa dan lompong. Kalau ada ni confirm lawa sebab dia boleh tutup segala benda yang ada kat kiri dan kanan .


-----

CONTOH PELAMIN