Kilang ini telah ditubuhkan pada tahun 1933. Pada awalnya kilang ini dimiliki oleh seorang peniaga dari Bombay, India dan telah beberapa kali beralih pemilik sehinggalah diambil alih sepenuhnya oleh peniaga tempatan yang bernama Tan Chon San pada tahun 1995.
Di kilang mancis ini, hanya kotak dan mancis sahaja yang dihasilkan manakala batang mancis di import dari negara China. Dari segi produktiviti pula, kilang ini mampu menghasilkan sehingga 800,00 kotak mancis dalam masa sehari.
Yang lebih uniknya pula adalah dari segi kaedah penghasila mancis. Mereka masih lagi menggunakan mesin dan kaedah lama untuk menghasilkan mancis.
No comments:
Post a Comment